Sebelum memilih menjadi Agent/Dealer/Ahli/Pengedar &
yang setaraf dengannya
Disini saya akan senaraikan perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan sebelum kita memutuskan untuk menjadi dealer/ahli bagi mane2
syarikat perniagaan. Ini kerana apabila kita memutuskannya, mestilah kita akan
banyak menghabiskan masa & tenaga kita untuk menjalankan perniagaan yang
kita sertai itu. Saya akan gunakan term dealer/agent & pengguna/runcit
untuk merujuk tajuk diatas. Berikut ialah senarainya:-
1) Apa tujuan, niat & matlamat akhir kita nak menjadi
dealer/agent?
2) Dari segi harga, ada tak disediakan perbezaan harga
dealer/agent dengan harga pengguna/runcit. Ini penting kerana apabila kita
ingin mendaftar menjadi dealer/agent kita mesti membayar yuran @ membeli dengan
sejumlah barang @ membeli dengan kuantiti/nilai barang yang telah ditetapkan.
Jadi, kita sepatutnya dapat membeli dengan harga dealer/agent bukannya harga yg
sama dengan harga pengguna/runcit. Point penting disini ialah harga
dealer/agent.
3) Spread antara harga dealer/agent dengan harga
pengguna/runcit berapa besar? Ini menentukan julat keuntungan kita, kalau
kecik, kecik untung kita tetapi kalau besar, besarlah untung kita. Ini penting
kerana kita berniaga, so margin keuntungan kenalah setimpal dengan usaha kita
untuk cari & yakinkan pembeli untuk membeli produk yg kita bawa. Kalau
margin kecik, kita kena capai jumlah yang besar untuk dapat keuntungan yg
besar, tetapi yg betul2 untung besar diatas kesusahan & kepayahan kita
adalah syarikat yang kita sertai tu, psl margin kita sebagai dealer kecik
tetapi yang pasti margin syarikat tu lagi besar. Point yang penting disini
ialah margin dealer/agent.
4) Jikalau kita membeli sebagai dealer/agent, harga yang
kita kena bayar untuk membuat order tu harga yg sama dengan harga
pengguna/runcit @ harga dealer itu juga. Jikalau kita sebagai dealer/agent
membeli dengan harga pengguna juga, maknanya ada sesuatu yg tak kena disitu.
Kenapa kita sebagai dealer/agent perlu membeli dengan harga pengguna? Kalau
komisen/diskaun itu diberikan kepada dealer/agent pada bulan berikutnya, itu
sesuatu yang merugikan kepada dealer sebagai seorang yang menjalankan
perniagaan, ini kerana kita perlukan pusingan modal yg baik. Jikalau dengan
situasi macam itu, pusingan modal kita boleh menjadi kosong untuk lebih 30hari.
Point yang penting disini ialah harga pembelian dealer.
5) Selain daripada harga dealer/agent yang lebih rendah dari
harga pengguna/runcit komisen apa lagi yg kita akan dapat?contoh; komisen
member get member, komisen downline, komisen network dan sebagainya. Ini adalah
side income kepada kita sebagai peniaga untuk meneruskan perniagaan kita dengan
jayanya. Point yang penting disini ialah income tambahan/komisen lain.
6) Apabila ada komisen/diskaun/income tambahan yang
ditawarkan, bila perkara-perkara tersebut disampaikan kepada dealer d.k.l
(dengan kata lain) bila duit di bank in kedalam akaun dealer?.Masa pusingan
yang digunakan untuk duit sampai kepada dealer perlu dititik beratkan juga. Ini
kerana bagi menentukan dealer tu boleh buat pusingan modal berapa cepat.
Jikalau selepas 50hari baru dapat diskaun/komisen daripada sale, maka bukan
jadinya peniaga lah tu. Ianya hanya menjadi tukang jual/salesmen sahaja, diakhir
bulan dapat "gaji" tetapi modal sendiri.Point yang penting disini
ialah masa pusingan komisen/diskaun yang diberikan.
7) Sebagai seorang dealer yang baru masuk/joint, kita
perlukan latihan & ilmu berkenaan perniagaan yang diceburi. So, ada tak
syarikat yang kita ceburi tu menyediakan latihan berkaitan dengan syarikatnya?
Latihan/seminar/kursus/pertemuan/perbincangan ini penting bagi memastikan kita
dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Jikalau orang tanya pasal produk tu,
tiba-tiba kita terkial-kial nak jawab, tak jadi perniagaan kita. Point yang
penting disini ialah perkongsian ilmu dari syarikat.
8) Kebiasaanya bagi menjadi dealer/agent utk sesuatu
syarikat ni, introducer/upline diperlukan. Jadi, yg ini kita kena buat penilian
terhadap upline yang kita nak joint dibawahnya. Perkara ini bergantung kepada
individu tersebut, lain orang lain gayanya. So, pilihlah upline yang sesuai
dengan kita. Point yang penting ialah upline yang betul-betul boleh membantu
kita.
Itulah antara perkara-perkara perlu diambil kira sebelum
kita memilih untuk menjadi dealer/agent. Diharap info ini dapat membantu semua.
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi kami di talian :
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 03-55233505 / 013-388 1353
Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>